14 November 2012

Keputihan (Leucorhea)

  • 1 genggam akar Ekor Angin dibasuh bersih, direbus bersama 1 gelas air basuhan beras sehingga mendidih selama 30 minit. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
Daun Turi
  • 1 genggam daun Turi dan 1 jari isi Kunyit yang telah dikupas kulit dibasuh bersih, ditumbuk lumat, dimasukkan ke dalam 3/4 cawan air panas, dikacau rata. dibiarkan beberapa minit, diperah serta ditapis airnya lalu diminum kesemuanya. Lakukan 2 kali sehari dengna sukatan yang sama.
  • 10 helai daun serta tangkai daun Sirih direbus dengan 1 Liter air sehingga mendidih. Setelah suam, tapis lalu digunakan bagi mencuci vagina (kemaluan) terutama selepas buang air kecil.
Daun Baru Cina
  • 10-30g daun Baru Cina direbus dengan 1 gelas air sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
Bunga Balung Ayam
  • 15g bunga Balung Ayam kering, 15g daun Hempedu Bumi kering dan daun Hati-Hati Ungu kering dibasuh bersih, direbus dengan 3 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal 1 gelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum kesemuanya sebelum makan. Rebuskan sekali lagi hampasnya lalu diminum pada sebelah petang.
  • 15g isi Kunyit tua dikupas kulit, dibasuh bersih lalu diparut. masukkan 150ml air perahan buah Asam Jawa dan kacau rata. Perah menggunakan sepotong kain bersih. Minum kesemua air perahan. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.
  • 15-30g Pegaga segar dibasuh, direbus dengan 3 gelas air dan dibiarkan airnya tinggal sehingga 1 gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum airnya 1/2 gelas pada waktu pagi dan 1/2 gelas pada waktu petang.
Daun Jambu Batu
  • 2 genggam daun muda Jambu Batu, 7 helai daun Sirih dan segelas air direbus sehingga mendidih. Tapis. Biarkan sejuk. Minum 2 kali sehari.
  • 2 genggam daun Senduduk segar, sepotong isi Halia dan 3 kuntum bunga Cempaka Putih dan 3 butir biji Pinang tua dibasuh bersih., direbus dengan 3 gelas air serta 1 sudu besar cuka sehingga mendidih dan tinggal airnya 2 gelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum 2 kali sehari, masing-masing 1 gelas.
Daun beluntas (Pluchea indica)

  • 20 helai daun Beluntas, 1 rumpun akar Tapak Leman dibasuh bersih, direbus dengan 1 gelas air sehingga airnya tinggal separuh. Setelah sejuk, tapis lalu diminum 1 kali sehari.
  • 27g daun baru Landak kering (atau 100g jika gunakan daun yang segar) dibasuh bersih, direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih dan tinggal 1 gelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum kesemuanya. Lakukan 1 kali sehari.
  • 3 potong ranting kayu Jambu Batu sebesar jari telunjuk dan 7 helai daun Sirih dibasuh bersih lalu direbus dengan 2 liter air. Biarkan airnya tinggal separuh. Setelah sejuk, gunakan air rebusan untuk mencuci lubang kemaluan (vagina).
  • 30 g daun Keembung segar dibasuh bersih, direbus dengan 600ml air sehingga tinggal 300ml. Setelah sejuk, tapis lalu diminum 150ml pada waktu pagi dan 150ml pada waktu petang.
  • 30g daun Kemuning kering, 80g daun Lidah Buaya yang telah dikupas kulit kerasnya, sedikit gula kabung dan 600ml air direbus sehingga tinggal 300ml. Setelah sejuk, tapis lalu diminum 100ml pada waktu pagi, 100ml pada waktu tengahari dan 100ml pada waktu petang.
  • 30g kulit buah Delima kering direbus dengan 1 liter air lalu dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh. Setelah sejuk, minum 250ml pada waktu pagi dan 250ml pada waktu petang.
  • 30g kulit kering buah Delima dan 15g pokok Hempedu Bumi tanpa akar kering direbus dengan 1 liter air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal 500ml. Setelah sejuk, tapis, dibahagi kepada 3 bahagian lalu diminum setiap bahagian pada waktu pagi, tengahari dan malam. Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk mencuci vagina.
  • 50g akar Selasih Dendi dibasuh bersih, direbus dengan 3 gelas air lalu dibiarkan airnya tinggal sebanyak 1 gelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum 2 kali sehari, masing-masing 1/2 gelas.
  • 500g Lalang, 2 tangkai daun Betik dan 5g Kayu Manis direbus dengan 2 gelas air lalu dididihkan sehingga tinggal setengah. Tapis dan minum bahan ini 2 kali sehari.
Bunga Tahi Ayam

  • 6-10g akar Kering Bunga Tahi Ayam dibasuh bersih, direbus dengan 4 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal 2 gelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum 3 kali sehari, masing-masing 2/3 gelas.
  • Akar dan batang Bunga Matahari dibasuh bersih lalu direbus sehingga airnya tinggal separuh. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
  • Akar dan batang kacip Fatimah dibersihkan, dimasak dengan 3 gelas air, dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh. Setelah sejuk, tapis lalu diminum air rebusan ini.
  • Akar kering Siak-Siak dimasukkan ke dalam secawan air panas yang baru mendidih. Tutup mulut cawan dengan piring. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
  • Buah Pinang yang masih hijau dipecahkan, direbus sehingga mendidih. Setelah suam digunakan bagi mencuci kemaluan. Sekiranya parah, anggota tersebut perlu direndamkan.
  • Bunga Cempaka Putih atau Bunga Cempaka Telur direbus dengan 1 gelas air mendidih. Setelah sejuk, tapis, dicampur 1 sudu madu lebah lalu diminum.
Pokok Lidah Buaya
  • Daun Lidah Buaya diambil jelinya, dicampur sedikit gula atau madu lebah dan dimasukkan ke dalam segelas air susu, dikacau rata lalu diminum.
  • Daun Selasih dimakan mentah secara berterusan sehingga sembuh.
Bunga Butang Ungu
  • Bunga Butang Ungu direbus di dalam air sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.
  • Kulit batang atau akar Mangga direbus dengan 3 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal 1 gelas. Setelah sejuk, tapis lalu disapukan pada bahagian bermasalah.
  • Kulit batang Ciku direbus dengan 1 gelas air sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu diminum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan