Adalah lebih baik melakukan penjagaan kesihatan dari melakukan rawatan. Oleh itu di antara perkara yang digalakkan dan yang dilarang adalah seperti berikut:
1. Perkara Yang Digalakkan dilakukan:
a. Melalui Pemakanan:
■ Amalkan minum sesudu madu lebah setiap pagi dan sebaiknya dimasukkan ke dalam air masak suam. Gunakan sudu plastik.
■ Amalkan makan 7 biji Jintan Hitam setiap pagi, setiap hari. Sebaiknya makan bersama sesudu madu lebah. Gunakan sudu plastik.
■ Amalkan makan buah kurma dan buah anggur kering (kismis) setiap hari.
■ Amalkan makan rizom Halia.
b. Melalui Amalan Aktiviti Harian
■ Kerap menghidu bauan wangi.
■ Kerap mandi.
■ Memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
■ Mandi ketika perut tidak terlalu kenyang atau terlalu lapar.
■ Tidak bercakap yang tidak berfaedah.
■ Sentiasa memberus gigi.
2. Perkara Yang Dilarang Melakukan:
a. Melalui Pemakanan:
■ Tidak terlalu banyak meminum air diwaktu pagi.
■ Tidak selalu makan atau minuman yang masam.
■ Tidak minum air yang bercampur dengan air liur walaupun air liur sendiri. Oleh itu jangsn minum dalam bekas yang besar umpamanya teko atau balang.
■ Tidak minum air ketika selepas senaman atau selepas berkerja berat, bersetubuh, makan, mandi dan bangun dari tidur.
b. Melalui Amalan Aktiviti Harian:
■ Tidak tidur pada awal pagi setelah terbit matahari.
■ Tidak tidur selepas masuk waktu asar.
■ Tidak tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh daripafa badan.
■Tidak tidur terlalu lama pada waktu siang bagi mengelakkan penyakit kulit, tekanan perasaan bertambah meluap, badan lemah, tenaga syahwat kurang dan akal kurang cerdas.
■ Tidak melakukan persetubuhan selepas makan, ketika suhu badan terlalu sejuk atau terlalu panas, ketika badan terlalu penat, semasa perut terlalu lapar atau terlalu kenysng, selepas mandi, selepas berendam, ketika hati terlalu gembira atau terlalu susah, tidak sewaktu isteri sedang haid dan tidak memasukkan zakar pada lubang dubur isteri.
■ Tidak mengeluarkan mani tanpa melakukan persetubuhan dengan isteri.
■ Tidak terlalu banyak berkhayal.
■ Tidak mandi atau tidur selepas makan.
■ Tidak selalu berada dalam keadaan tertekan dan berdukacita.
■ Tidak banyak bercakap, tidur, makan dan bersetubuh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan